Sunday, July 8, 2012

Kerana Allah

Bismillahirrahmanirrahim..

Kadang-kadang sesetangah perkara yang kita putuskan dalam hidup ni, tak semuanya kita suka dan bersetuju dengannya. Tapi, semoga timbul keyakinan yang kuat dalam diri kita bahawa setiap perkara yang kita putuskan yang perkara itu adalah semata-mata untuk mencari redha Allah dan ianya adalah untuk kebaikan dakwah, pasti Allah akan sediakan hikmah dan kebaikan yang besar di sebaliknya. Tiada apa yang lebih besar lagi di dunia ni daripada redha Allah. Semoga Allah terus kuatkan dan thabatkan hati-hati kita di jalan yang benar. Amin..




"..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia tidak baik bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

(Al-Baqarah: 216)

Wallahua'lam.