Sunday, September 11, 2011

Pendamping Di Dalam Perjuangan

Bismillahirrahmanirrahim...

Seusai solat subuh berjemaah dan menunaikan beberapa amal fardi yang lain, tiba-tiba aku disapa seorang adik.

“abang, abang pernah dengar tak seorang lelaki  yang terkenal dengan baik akhlaknya dan bagus gerak kerja dakwahnya di tolak lamarannya atau terputus di tengah jalan pertunangannya?”

Aku tersenyum.

“pernah.” Jawabku bersahaja.

“kenapa wan tanya abang perkara ni awal-awal pagi ni? pinangan wan ditolak ke?”gurauku.

“Eh, bukan lah. Kadang-kadang saya ada dengar juga kes-kes sebegitu terjadi. Kenapa ye bang, boleh terjadi perkara sebegini?”

“Wan pernah dengar cerita pasal Abu Bakr menolak lamaran yang diajukan oleh Umar bagi mengahwinkan anaknya,Hafsah dengan beliau?”

“pernah” jawabnya pendek.

“jadi, perkara itu biasa. Mungkin Allah dah sediakan lelaki baik itu untuk seseorang “muslimah baik” yang lain. Begitu juga sebaliknya. Kebiasaannya, apabila seseorang yang baik, ditolak lamarannya oleh orang baik yang lain, pasti akan dilakukan dengan cara yang baik. Maka, suasananya akan jadi penuh baik dan berhikmah”

“Jadi, sebelum kita nak pinang seseorang, dan kita amat mahukan calon  yang terbaik buat kita, apa yang kita perlu lakukan? Huhu..maaf ye bang, saya terus lompat ke soalan ni.”

Aku tersenyum lebar. Sememangnya aku menjangkakan soalan yang sebegitu sejak awal lagi. Biasalah, pemuda-pemuda yang umur sebegini, topik ini memang selalu menjadi bualan.

“apa-apa pun wan, sebelum kita nak mendapatkan jodoh yang terbaik buat kita ni, pastikan diri kita ni menjadi baik dulu. Allah dah sediakan orang yang baik itu, pasangannya juga dalam kalangan orang-orang yang baik juga. Allah itu Maha Adil, wan.”

“macam mana kita nak tahu yang kita ni dah cukup baik untuk mendapatkan yang terbaik?”

“sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang tahu kita ni bagaimana keadaannya. Jadi, kita haruslah sentiasa memperbaiki diri dan lakukan sebaik mungkin segala amal-amal fardu mahupun sunat. Solat berjemaah, bacaan quran, solat-solat sunat, qiamullail, sedekah, mathurat, puasa sunat, dan sebagainya. Kesemuanya ini, sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah, insyaAllah akan mendekatkan diri kita dengan Allah. Maka, secara langsung menjadikan diri kita ni lebih baik dari hari ke hari.”

“Sebagai orang yang berada dalam Jemaah, adakah abang akan pilih seorang bakal isteri yang juga berada dalam Jemaah yang sama dengan abang?”tanya beliau lagi bagi ‘memanaskan’ lagi sesi perbualan.

Aku tersenyum.

“Sudah tentu. Sudah pasti seorang suami itu mahu kan ahli keluarganya kelak bersama-sama susah dan senang berjuang dalam satu fikrah atau pemikiran yang sama. Pastinya abang mahukan isteri abang nanti bersama-sama untuk hadir program, membanting tulang menganjurkan program dan sebagainya. Alangkah gembira dan bahagianya apabila suami dan isteri itu dapat berjuang bersama-sama pada perjuangan fikrah yang sama. Abang dapat merasakan masalah yang akan timbul sekiranya seorang suami atau isteri itu tidak sefikrah atau salah seorang nya tidak terlibat langsung dalam usaha dakwah dan tarbiyah”

“jadi, apa pendapat abang kalau-kalau ada yang memilih calon yang bukan dari jemaahnya atau orang yang tidak ikut serta dalam usaha dakwah?

“ ia terpulang bagi setiap individu. Kalau dah jodohnya dengan orang yang sedemikian, kita harus terimanya dengan redha dan hati yang terbuka. Tapi, bagi abang, usaha sebaik mungkin dan berdoalah kepada Allah supaya dapat pasangan yang akan berjuang bersama-sama dengan kita di dalam satu medan. Kerana, ia adalah yang terbaik untuk diri, keluarga dan sudah tentu untuk dakwah itu sendiri.”

“Apa komen abang kalau ada yang berpendapat supaya memilih orang yang biasa-biasa atau ‘orang luar’ sebagai calon isteri, dan bila dah kahwin nanti barulah ajak dia bersama-sama dengan kita dan memperkenal dan memahamkan kepadanya fikrah yang kita fahami dan imani?”  

“eh macam temubual pulak ni. hehe..abang menghormati pandangan tu. Tapi, bagi abang, apabila kita nak memilih tu, terutamanya soal calon isteri ni, biarlah yang sebaik mungkin. Kalau dalam konteks apa yang kita tengah bincangkan sekarang, calon tu biarlah baik, berakhlak, dan sudah sedia memahami dan berjuang dengan fikrah yang sama dengan kita.”

“maksud abang?” tanya beliau seakan-akan tidak dapat tangkap apa yang cuba aku maksudkan.

“baik, abang bagi analogi. Contoh kita nak beli kereta baru. Tapi ingat, bukan abang nak sama kan pilih calon dengan nak pilih kereta, tapi abang nampak analogi ni lebih mudah untuk difahami. Apabila kita nak beli kereta, pasti kita nak beli kereta yang sudah diperakui baik enjinnya dan cemerlang qualitinya. Nak ke wan kalau beli kereta yang enjinnya rosak, ada sedikit kecacatan dan qualiti kenderaan tersebut pun tidak terjamin,?” tanyaku untuk menguji.

“eh, mestilah tak nak!”

“ kenapa pulak? Nanti dah beli, baru lah repair serba sedikit. Bolehlah kita upgrade sikit kereta tu”

“tak semestinya bang. Nak repair tu pun, kita tak pasti kos nya berapa. Mungkin pembaikannya memakan kos yang begitu mahal. Lagi teruk lagi, kalau-kalau kerosakan tu tak dapat nak dibaiki lagi.”


“macam tu la kalau kita nak pilih calon, wan. kalau kita pilih seperti yang wan cakap tadi sebagai biasa-biasa atau ‘orang luar’ sebagai calon isteri, dan selepas kahwin baru kita ‘baiki’ atau perkenalkan dengan ‘apa yang kita fahami’, bagi abang ia adalah suatu yang tidak pasti yang isteri kita itu akan ikut bersama-sama dengan kita pada masa hadapan. Bimbang suatu hari nanti, kita pula yang futur dalam perjuangan. Bukankah lebih baik kalau kita terus memilih yang sudah sedia memenuhi kriteria yang sepatutnya ada bagi seorang isteri yang akan berjuang bersama-sama dalam satu medan dakwah? Tapi perlu ingat, seperti mana analogi kereta itu tadi, kita perlu ada wang dan bekalan yang cukup bagi mendapatkan kereta yang hebat dan berkualiti itu. Begitu jugalah dengan kita yang amat memerlukan bekalan dan peribadi yang cukup hebat bagi mendapatkan srikandi yang terbaik!”

“SubhanaAllah..jadi, bagi mendapatkan yang terbaik, diri kita ini mesti jadi lebih baik dulu kan?”soalnya seperti memahami apa yang aku cuba sampaikan.

“yup! kalau wan mahukan yang terbaik, jadi lah yang terbaik terlebih dahulu. Ikutilah pilihan orang yang baik-baik, kerana mereka tidak mahukan apa-apa dari dirimu melainkan kebaikan. Atau sekiranya dirimu sudah mempunyai calon yang dikira sesuai, berbincanglah dengan orang yang baik-baik juga, semoga pemilihan mu itu sentiasa dipersetujui dan direstui oleh orang yang baik-baik itu.”



“kring..kring..kring..”

Jam loceng telefon bimbit aku berbunyi, sebagai tanda janji pertemuan dengan beberapa kawan di skype hanya tinggal beberapa minit je lagi.

Adik yang hanya dikenali sebagai ‘wan’ itu tadi pun tiba-tiba hilang dalam bayangan. Soal jawab bayangan tadi pun terus berhenti di situ.

“Ya Allah, pandu lah diriku ini. Bimbinglah setiap keputusan yang aku buat, semoga segalanya adalah yang terbaik dan segala keputusan yang aku buat setiap saat itu menjadikan aku lebih dekat dengan-MU serta menjadikan diriku ini sentiasa dipilih oleh-MU untuk terus thabat mendokong dan berada di jalan ini. Amiin”


Tuesday, September 6, 2011

Kenangan Terindah

Bismillahirrahmanirrahim..

       Alhamdulillah..kegembiraan sepanjang cuti sebulan setengah di Malaysia tak dapat di ucapkan dengan kata-kata. Sungguh, aku sangat-sangat gembira sekali. Kadang-kadang cuti itu menjadi gembira dan bermakna apabila seseorang tu balik dari luar Negara untuk berkahwin atau bertunang. Tapi tidak bagi aku. Bukan sahaja berkahwin atau bertunang seperti beberapa kawan aku yang lain, malah usaha ke arah itu pun tidak aku lakukan sepanjang cuti ni. mungkin belum tiba masanya lagi kot.hehe..Tapi, cukuplah ikatan ukhuwwah yang terjalin itu menjadikan cuti aku begitu bermakna dan akan kekal di ingatan sebagai kenangan yang begitu manis.=)

       Setibanya aku di KLIA, mama dan adik-beradik yang lain dah siap menunggu aku. MasyaAllah, betapa gembira nya hati aku masa tu, hanya Allah je yang tahu. Ye la, hamper setahun tak jumpa mereka. Sepanjang cuti ni jugak, ade aku belajar-belajar masak dengan mama, huhu. Adik-beradik yang lain begitu baik dengan aku. Ya Allah, pelihara dan lindungilah seluruh keluarga aku ni. Semoga seluruh keluarga aku sentiasa peroleh rahmat, hidayah dan redho-Mu. Amin..

         Minggu pertama aku pulang di Malaysia sahaja, aku telah menghadiri kem tautan ukhuwwah. Di kem tu, aku di tugaskan sebagai faci dan aku di tugaskan menyampaikan tazkirah 30 minit selepas maghrib. Seingat aku, itulah kali pertama aku ditugaskan menyampaikan tazkirah di program yang bagi aku besar anjuran ISMA ni. sungguhpun begitu, aku suka je untuk ditugaskan sebegitu, kerana sekurang-kurangnya ia mengeluarkan segala potensi yang ada pada diri ni.

        Kem tautan ukhuwwah itulah program pertama aku di Malaysia selepas aku pulang, dan selepas tu diikuti dengan pelbagai program. Program di INTEC, I’tikaf, iftar jamai’e, rehlah masyie, dan macam-macam lagi program yang sempat aku join sepanjang sebulan setengah ni. Secara jujur, program-program yang aku hadiri ni, betul-betul meng’charge’ kan diri aku ni semula selepas hampir setahun aku hanya menghadiri usrah, beberapa daurah secara online dan program-program kecil di US. Ramai ikhwah yang aku jumpa, dan mereka amat menggembirakan hati aku ni. bila berbual-bual dengan mereka, maka meningkatlah kefahaman aku, fikrah yang ingin dibawa ISMA semakin jelas dan semakin bersemangat untuk terus bersama-sama berjuang dalam jalan ni. masyaAllah..thabat kan hati aku ni ya Allah.=((

      Antara ikhwah yang aku jumpa ialah abang hakim. Beliau lah antara orang yang terpenting yang membawa aku ini untuk mengenali ISMA. Alhamdulillah, banyak benda yang aku dapat apabila berbual-bual dengan abang Hakim. Banyak juga nasihat yang abang hakim salurkan pada diri ni. semasa aku nak balik ke US semula pun, abang hakim hadiahkan buku untuk di baca. SubhanaAllah, manis nya ukhuwwah ini ya Allah.

       Abang Mono (adzim) juga kerap aku jumpa sepanjang cuti ni. kira-kira 4-5 kali juga aku berbual-bual panjang dengan abang Mono. Terlalu banyak input yang aku dapat dan begitu menyenangkan bila berbual-bual panjang dengan Abang Mono ni. abang Mono juga ada hadiahkan buku untuk di baca semasa di US nnt. InsyaAllah akan aku manfaatkan hadiah tu..=)

       Kawan-kawan satu badge pun ramai yang aku jumpa. Antaranya ialah Afnan. Sempat juga beberapa kali keluar dengan Afnan. Beli baju raya, I’tikaf, iftar, dan ziarah juga sempat dengan Afnan ni. subhanaAllah, tak tergambar kegembiraan aku ni..=)

     Last sekali, kenangan yang  tak akan aku lupakan ialah apabila dengan team songkok.hehe..Rahman, Daus, dan Khalil, mereka ni sungguh menggembirakan hati aku. Kami sudah bersahabat semenjak tingkatan satu lagi semasa kami sama-sama satu kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3 di sekolah menengah tunku besar burhanuddin (SMKTBB). Aku banyak kali juga keluar dengan Rahman. Buat projek bisness sama-sama, keluar makan, dan macam-macam lagi. Aku juga sempat iftar sama-sama dengan Khalil dan Rahman di Melaka. Sungguh manis kenangan tu. Tapi, waktu raya lah kami semua sempat berkumpul. Kami sempat lah beraya di rumah-rumah rakan2 lama di smktbb. Kenangan di sekolah tu terlalu banyak, dan kalau diingatkan kembali, kenangan-kenangan itulah yang mengikat kan ikatan kami ni. Setiap kali berjumpa dengan team songkok, kami akan bergurau, bergelak ketawa bersama. Ya Allah, suka, cinta, sayang dan rindu aku ni terhadap kenangan bersama-sama team songkok ni, hanya Allah je yang tahu. Tapi, kami akan berpisah buat sementara waktu. Aku rasa sedih sangat-sangat. Aku kat US ni mungkin akan kekal selama 2 tahun. Di tambah pula dengan Khalil yang akan fly ke Jordan. InsyaAllah 2 tahun juga kat sana.  Daus pula insyaAllah akan habiskan degree di uni teknologi petronas  selama 2 tahun lagi. Rahman pun tinggal 2 tahun lagi nak habiskan degree nya di UTeM. Jadi, kira-kira 2 tahun lagi la kami akan berkumpul balik. subhanaAllah, lama jugak tempoh tu.=(( Ya Allah, Kau kuatkan lah ikatan persahabatan ni, tambahkan rasa sayang kami pada ukhuwwah ni, dan pertemukan kami semua dalam keadaan yang sebaik-sebaik nya ya Allah..amin..:((

      InsyaAllah, 2 tahun lagi aku akan di US ni. Semoga terus diberi kekuatan, keikhlasan, semangat, dipelihara iman, terus thabat dalam jalan dakwah n tarbiyah dan balik Malaysia nanti dengan kejayaan.amin ya robbal’alamin..:((
  


 Bersama family tercinta masa hari raya 2011  =)

Program i'tikaf bersama ex-SMKAP pada 27 ramadhan =)

 Iftar dan berziarah bersama-sama dengan Afnan.. =)

Beraya bersama-sama 'Team Songkok'. aku betul2 gembira saat ni..=)