Friday, September 13, 2013

Gerakan Kristianisasi

Bismillahirrahmanirrahim..

Selepas maghrib tadi, di Masjid Bandar Baru Senawang, kami didatangi oleh wakil dari Gerakan Muslimin Minangkabau Sumatera Barat. Mereka datang dalam usaha untuk memberitahu rakyat Malaysia mengenai begitu dahsyatnya usaha kristianisasi yang berlaku di kepulauan sumatera barat (namun mereka memfokuskan talk mereka tadi di daerah Mentawai). Di daerah Mentawai itu dulunya 80% penduduknya beragama Islam, namun sekarang hanya tinggal kira-kira 15% orang Islam sahaja. Yang muslim di situ pun kebanyakan sudah hilang identiti Islam nya akibat kristianisasi ini. Di samping memberi info, gerakan itu juga memohon dana utk membina sekolah pondok, surau n etc. Di akhir-akhir ucapan tadi, salah seorang dari mereka berdoa dan berharap supaya isu kalimah Allah di Malaysia ini akan memihak pada umat Islam supaya Malaysia tidak menerima nasib seperti di Indonesia.

Gerakan Kristianisasi ini adalah suatu yg benar-benar berlaku dan ianya bergerak dengan terancang. Isu kalimah Allah di Malaysia ini juga adalah usaha yg ketara yang cuba dilakukan bagi memenuhi tujuan tersebut. Mana-mana individu/organisasi yg memandang isu kalimah Allah ini suatu yg ringan, tidak punyai stand yang jelas atau menganggap usaha menghebahkan akan gerakan kristianisasi ini hanya menakut-nakutkan masyarakat, bagi saya, individu/organisasi berkenaan tidak berpijak di bumi nyata dan seolah tidak mengambil pelajaran apa yg telah dan sedang berlaku di negara-negara jiran.

Hakikatnya, umat Islam telah diserang oleh musuh dari pelbagai sudut. Jadi setiap Muslim perlu meyakini bahawa Islam merupakan Din Allah SWT untuk manusia sejagat. Kita perlu yakin bahawa Islam sahaja mampu menyelesaikan masalah manusia. Sesiapa yang memilih din yang lain maka dia menempa kerugian seperti mana yang diperingatkan Allah SWT dalam Al- Quran:

“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai Din (peraturan hidup) maka sesekali tidak diterima dan ia di akhirat kelak dari golongan mereka yang rugi.” - (Surah Ali Imran: Ayat 85)



Membangun Umat Beragenda!


No comments:

Post a Comment