Wednesday, November 16, 2011

Ada Hadnya!


Bismillahirrahmanirrahim..

Di bawah ni, saya sertakan satu berita yang telah disiarkan di dalam 'Malaysia Harmoni' mengenai pelancaran Sebuah gabungan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama 'Plan of Action for Malaysia (PoAM) atau gabungan Bertindak Malaysia (GBM) yang telah diadakan pada 13 November 2011 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala lumpur dan Selangor (KLSCAH).




Apa yang mengejutkan saya ialah PoAM ini adalah suatu gabungan 21 NGO's yang terdapat di dalamnya beberapa NGO gerakan Islam. Bagi kita, untyuk bekerjasama dangan non-Muslim itu ada hadnya, apatah lagi untuk bekerjasama dengan manusia2 atau gerakan2 yang telah secara terang-terangan menentang Islam. Isu terbesar di sini ialah agenda ISLAM itu sudah tersisih. 

Petikan Berita dari 'Malaysia Harmoni' pada Isnin, 14 November 2011.

PoAM perjuang hak rakyat berasaskan keadilan.

KUALA LUMPUR - Sebuah gabungan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Plan of Action for Malaysia (PoAM) atau Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) melancarkan piagam mereka dalam satu program meriah, “Pesta PoAM” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini semalam.

Program yang menyaksikan pelancaran Piagam PoAM, bual bicara, persembahan serta tayangan filem itu berlangsung di Dewan Utama dan Auditorium Tingkat Atas KLSCAH dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Kira-kira 400 pengunjung yang hadir di majlis pelancaran itu turut berpeluang menyaksikan pelbagai pameran dan jualan di gerai-gerai yang disediakan.

Pengerusi Bersama PoAM yang juga presiden KLSCAH, Tan Yew Sing (kiri) dalam ucapan alu-aluannya berkata, PoAM ditubuhkan bagi mewujudkan satu platform yang dapat mengendurkan suasana tegang dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin (kiri) yang juga Pengerusi  Bersama PoAM berkata, gabungan tersebut unik kerana ia menjurus kepada sesuatu yang positif, perjuangan yang membangun dan bukan bersifat konfrontasi. Selain itu, ciri kepelbagaian anggotanya sendiri menunjukkan ia adalah usaha gabungan masyarakat madani yang dapat diterima oleh semua agama, etnik dan ideologi.

“Gabungan ini diasaskan secara sukarela. Ia bukannya medan pertembungan tetapi medan mencari permuafakatan,” ujar Zaid. “Kami telah bersepakat untuk berusaha menjadikan Malaysia lebih unggul sebagaimana yang terkandung dalam piagam 15 perkara PoAM sehingga akhirnya setiap warga negara ini berasa bangga menjadi rakyat Malaysia.”

Pesta PoAM yang dianjurkan dengan tema “Dari Perselisihan Menuju Keharmonian” itu menukilkan satu objektif iaitu “Berjuang ke arah Malaysia yang lebih baik untuk rakyatnya”.
Dalam brosur yang diedarkan, PoAM mengakui hakikat bahawa masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan budaya menghadapi cabaran yang semakin kritikal berbanding peringkat-peringkat awal selepas negara mencapai kemerdekaan dahulu.

 Dengan sumber alam yang melimpah-ruah, Malaysia pernah dilihat sebagai negara contoh bagi negara-negara membangun lain sama ada dari sudut sistem pendidikan, kecemerlangan akademik, taraf kesihatan mahupun pencapaian sukan.

“Walaupun begitu, perjalanan yang bermula dengan sistem demokrasi serta urus tadbir yang baik kemudian merosot hingga menjadi lebih autokratik, mengakibatkan kemelut politik dan kegusaran awam serta hubungan antara etnik yang semakin buruk,” kata gabungan tersebut.

Keadaan ini diburukkan dengan isu-isu yang memudaratkan seperti ketidakadilan sosial, polarisasi perkauman, penafian kepelbagaian etnik dan budaya, penafian hak orang asal, kebebasan kehakiman yang semakin terhakis, eksploitasi alam semulajadi dan lain-lain.

 Atas semangat insan, PoAM memperjuangkan hak perlembagaan warganegara yang unggul berasaskan keadilan.

Forum berjudul “From Discord to Harmony” yang membincangkan isu politik, agama, ekonomi, pendidikan dan ketidakseimbangan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak menampilkan Dato’ Dr Toh Kin Woon, Datuk Ambiga Sreenevasan, Dato’ Hj Thasleem Mohamed Ibrahim Al-Haj dan Fahmi Reza sebagai ahli-ahli panel, manakala Hishamudin Rais bertindak selaku pemudah cara.

 Program semalam turut diisi dengan persembahan lagu-lagu satira oleh kumpulan Phei Shu Fang, tarian klasik India, nyanyian orang asal, opera Cina, nasyid, sketsa, tarian berkerusi roda dan pertunjukan kompang. Dalam acara serentak di Auditorium Tingkat Atas, tiga filem pendek, “Huruf J”, “Lot Umah Am” dan “Senyap Tersentak” ditayangkan diikuti perbincangan bersama penonton sebaik setiap tayangan berakhir.

Setakat ini, PoAM dianggotai 21 NGO iaitu:
•           Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
•           Aliran
•           Tamil Foundation
•           Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
•           Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Krisitian, Hindu, Sikh dan Tao (MPMAM)
•           Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)
•           Penang Chinese Town Hall (PGCTH)
•           The Federation of Chinese Associations Johore State (FCAJ)
•           Lim Lian Geok Cultural Development Centre (LLG)
•           United Chinese School Alumni Association of Malaysia (UCSAAM)
•           Muslim Professionals Forum (MPF)
•           Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
•           Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
•           Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
•           Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas)
•           Centre of Policy Initiative (CPI)
•           National Interlok Action Team (NIAT)
•           People’s Green Coalition (PGC)
•           Anak Muda Sarawak (AMS)
•           All Women’s Action Society (AWAM)
•           Partners in Community Organising (Pacos Trust)