Monday, February 27, 2012

Siapa Kamu?

Bismillahirrahmanirrahim..

Suatu ketika seorang wartawan bertanya pada Imam Syahid Hasan Al Banna tentang siapa diri beliau. Imam Syahid pun menjawab:

"Akulah musafir yang mencari kebenaran. Akulah manusia yang mencari makna dan hakikat kemanusiaannya di tengah manusia. Akulah patriot yang berjuang menegakkan kehormatan, kebebasan, ketenangan, dan kehidupan yang baik bagi tanah air di bawah naungan Islam yang suci.

Akulah lelaki bebas yang telah mengetahui rahsia wujudku, maka akupun berseru, 'sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah ta’ala,Tuhan semesta alam yang tiada sekutu bagiNya. Kepada yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri.."
kemudian Imam Syahid meneruskan:

"... itulah aku,dan kamu, kamu siapa??"



Ya, tanyakan pada diri! siapa kita ni? adakah kita adalah manusia yang sudah pun menemui hakikat sebenar kehidupan itu sendiri? Adakah kita adalah manusia yang sibuk mencari dan perjuangkan kebenaran? Adakah kita ini antara orang yang bersama-sama berjuang ditengah-tengah masyarakat demi mengembalikan jati diri ummah yang semakin lemah?

Atau kita adalah manusia biasa yang tidak mengerti tujuan hidup di muka bumi? Manusia yang masih leka dan hilang fokus dengan mencari habuan dunia dengan rakus? Atau kita adalah manusia yang asyik dengan hiburan tanpa ingat yang diri akan mengadap Tuhan?

Jadi, persoalan-persoalan itu hanya boleh dijawab oleh diri kita sendiri. Ingat, bahawa Islam itu akan bangkit dan terus bangkit. Itu janji Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya, usaha kebangkitan dan pengislahan ummah ini  akan terus berjalan dan melaju tidak kira ada atau pun tidak kita di dalamnya. Pilihlah, antara berjuang dan berkorban bersama-sama dalam menegakkan Islam, atau terus asyik dan leka dengan kegembiraan sementara. Fahamilah, hanya dua pilihan ini yang ada! Tidak ada yang ketiga dan seterusnya!

“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
(surah at-Taubah: 41)

Wallahu'alam.

"Membangun Umat Beragenda"